Wednesday, November 2, 2011

Model dipecat kerana puji keluarga Gaddafi


vanessa hessler


BERLIN - Sebuah syarikat Jerman telah membatalkan kontrak pengiklanan dengan model yang diketahui bukan sahaja pernah menjalin hubungan dengan Motassem, anak lelaki Muammar Gaddafi malah turut memuji keluarganya.

Firma telekomunikasi Jerman, Telefonica dan anak syarikatnya, Alice akan membatalkan kontrak dengan model berusia 23 tahun itu, Vanessa Hessler yang berketurunan Itali-Amerika serta menarik balik penggunaan wajahnya daripada laman web syarikat itu.

"Vanessa Hessler telah gagal untuk menjauhkan diri daripada komennya mengenai konflik di Libya," kata jurucakap syarikat itu, Albert Fetsch kelmarin.

Hessler telah menjadi model bagi syarikat tersebut selama beberapa tahun dan poster yang memaparkan model tersebut terdapat di kebanyakan bandar Jerman.

Hessler mengaku kepada sebuah majalah Itali, Diva e Donna bahawa dia pernah menjalinkan hubungan selama empat tahun dengan Motassem.

Motassem mati ditembak selepas ditangkap bersama bapanya pada 20 Oktober lalu di Sirte, Libya.

"Saya tidak mempunyai sebarang hubungan dengannya (Motassem) sejak kebangkitan (penduduk Libya) berlaku, tetapi hubungan kami merupakan cinta yang mendalam," kata model yang juga aktres tersebut kepada majalah berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: