Thursday, November 17, 2011

Emas dari 'otai' snuker


SAM CHONG (kiri) dan Chuan Leong (kanan) mengangkat tangan selepas memenangi pingat emas dalam acara snuker beregu lelaki semalam.


PALEMBANG - Selepas 10 tahun menyepi, Chong Tin Sam kembali menyumbang pingat emas buat kontinjen negara pada Sukan SEA 2011 apabila menjuarai acara snuker beregu, berpasangan dengan Thor Chuan Leong semalam.

Ternyata emas itu mengembalikan nostalgia ketika kali terakhir menyumbang empat emas pada temasya 1995 di Chiangmai iaitu sewaktu di zaman kegemilangan- nya.

"Selepas 16 tahun, saya kembali gembira kerana dapat menyumbang semula emas buat Malaysia pada usia 49 tahun.

"Ia emas yang saya tunggu-tunggu sele- pas kali terakhir beraksi pada Sukan SEA 2001 di Kuala Lumpur tanpa pingat," katanya yang hanya menyertai satu acara sahaja di Palembang.

Tin Sam yang lebih dikenali sebagai Sam Chong yang dipanggil Persatuan Snuker dan Biliard Malaysia berkata, dia bersedia menyumbang tenaga untuk negara sekiranya masih diperlukan pada bila-bila masa.

Pada perlawanan akhir semalam, Sam Chong-Chuan Leong menewaskan gandingan Singapura, Lim Chun Kiat-Ang Boon Chin dengan kemenangan mudah 3-0.

Pada separuh akhir, dia mudah mene- waskan gandingan Thailand, Thanawat Tirapong-Noppon Saengkham 3-0.

Hanya pada suku akhir sahaja, Sam- Chuan Leong diberi tentangan sengit oleh gandingan tuan rumah, Rudy Sulaeman- William sebelum menang 3-2.

Hari ini, Lai Chee Wei akan membawa cabaran negara dalam acara snuker perse- orangan dengan menentang wakil Indone- sia, Candra pada pusingan pertama.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: