Wednesday, February 16, 2011

Usah runtuhkan perpaduan


TUANKU MIZAN yang diiringi Najib dan Muhyiddin bersalam dengan orang ramai pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat
Kebangsaan di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bertitah setiap rakyat Malaysia harus mengikis sikap curiga-mencurigai antara satu sama lain dalam usaha untuk memupuk perpaduan di kalangan umat Islam mahupun sesama masyarakat.

Baginda bertitah, sentimen perkauman yang sempit mesti dibanteras sebelum ia membarah dalam masyarakat.

"Bersama-samalah kita membina negara yang tercinta ini dengan nilai kasih sayang dan persefahaman.

"Perpaduan dan keharmonian yang telah kita bina janganlah kita runtuhkan hanya kerana mencari keuntungan yang sementara," titah baginda pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1432 Hijrah bertemakan 1Malaysia 1Ummah di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: