INGIN tahu apakah trend terkini untuk pengantin baru tahun ini atau gaya penuh stailo untuk menghadiri acara formal? Teknik solekan juga sentiasa berubah dengan peredaran masa, jadi palet warna dan olesan kosmetik yang betul perlu sesuai dengan wajah, personaliti dan acara.
Jika anda pencinta fesyen jangan lupa untuk menghadiri Ekspo Perdagangan Tribute To Women Malaysia 2011 (TTWM) yang sedang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini hingga 20 Februari ini.
Program tersebut diadakan di Dewan III, Pusat Konvensyen Mid Valley dari pukul 10 pagi hingga 9 malam
Justeru, jangan ketinggalan mengunjungi Ekspo TTWM bagi memperoleh pelbagai tip dan khidmat nasihat daripada pereka fesyen dan jurusolek pakar daripada Bumiputra Designers Association (BDA) sepanjang program berlangsung.
Antara para pereka fesyen yang mengambil bahagian ialah Amir Luqman, Hazree Wahid, Khairi Sufi, Faizell Azraf, Nazreen Idris, Sheila Mohamad, Enal dan Shasha Rowena pereka beg tangan yang kian popular masa kini.
Sementara itu, gerai pameran The 5Star yang terdiri daripada pereka popular seperti Hatta Dolmat, Rizman Ruzaini, Hazwani, Zery Zamry dan Nik Erwan Roseli akan menemui peminat mereka di samping menawarkan rekaan busana pengantin dan ready-to-wear yang penuh dengan kejutan.
Bak kata Rizman: "Hanya mereka yang datang ke sini saja mendapat gaya dan imej terkini!"
Amir Luqman juga bakal mengutarakan gaya tersendiri melalui label pengantinnya yang diberi nama White Label dengan tema 1Malaysia Wedding. Ia terdiri daripada rangkaian pakaian pengantin yang disuntik dengan keindahan elemen budaya pakaian rakyat Malaysia dan menggunakan fabrik renda, sifon satin dan sutera.
Pusat sehenti kecantikan
Buat mereka yang ingin tampil dengan imej baru atau sekadar mencari solekan wajah idaman, sama ada untuk acara penting atau ke pejabat, bahagian solekan yang diketuai oleh pakar solek tersohor Izatt dari Artistic Team bersama beberapa pakar solek terkenal seperti Nasha Aziz, Tona Nordin, Lisa Amri dan beberapa lagi akan mengendalikan pelbagai aktiviti kecantikan termasuk demonstrasi solekan terkini buat pengantin 2011, majlis dan eksekutif muda ke pejabat.
Menurut Izatt ia adalah pusat sehenti yang memberikan ilmu terkini dunia solekan dan kecantikan, khidmat nasihat berkenaan gaya serta pelbagai jenis solekan pengantin dan wanita secara umum.
Pengunjung juga berpeluang untuk bermesra dengan artis jemputan yang menjadi model untuk bengkel dan aktiviti sepanjang tiga hari ekspo TTWM 2011 berlangsung.
Antara jenama fesyen dan produk kecantikan yang turut menyertai Ekspo Perdagangan TTWM 2011 itu adalah MixModa, Penyu Collection yang menampilkan koleksi batik dan songket; Colour On Me, Bill Keith's Creations, Noraini Jewellery, Nutox, Farmasi, D'Navechee Beauty, Nouvelles Visage dan Simplysiti. Sementara Acculife pula memberi perkhidmatan akupuntur untuk pengunjung beriadah.
Demonstrasi masakan
Selain fesyen dan kecantikan, terdapat juga produk yang menawarkan peralatan elektrik rumah seperti Singer dan Phillips yang bakal membawakan Chef Zam bagi membuat demonstrasi dan pertandingan masakan.
Pengunjung akan menerima tawaran beriadah dan melancong daripada POTO Travel Sdn. Bhd., kewangan dan kad kredit daripada RHB dan Bank Kerjasama Rakyat.
Terdapat pelbagai produk makanan termasuk Shazz Delights, Coklat Fidani Chocolatier dan Dimera Delicious, Silverbird dan Nasi Briyani Puncak Mimbar Enterprise untuk dinikmati.
Satu lagi sudut dan tarikan pada ekspo berkenaan ialah pavilion Majalah I-Sihat & Kementerian Kesihatan yang turut ditaja oleh GSK yang menawarkan khidmat pemeriksaan kesihatan termasuk suntikan barah servikal percuma.
Pengunjung wanita boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar bertauliah tentang masalah kesihatan mereka.
Antara lain yang pasti menjadi tumpuan pengunjung ialah acara menarik yang disediakan oleh Youth of Unity. Ia merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk belia dan remaja yang aktif. Aktiviti yang diadakan seperti pertandingan pasukan sorak, tarian poco-poco, senamrobik dan banyak lagi yang boleh disertai oleh golongan remaja.
Kemeriahan Ekspo Perdagangan TTWM 2011 pastinya lebih terasa melalui acara Koffee with Kem - Celebrate Life di pentas utama pada hari Sabtu dan Ahad bermula dari pukul 3 petang.
Menerusi segmen itu, Kem Salleh dari jenama Kem Kapas bercerita mengenai kehidupannya bersama tetamu jemputan.
Kem Kapas kini mengendalikan perkhidmatan nasihat hiasan dalaman dan perancang perkahwinan. Koffee With Kem adalah rancangan berbentuk bual bicara yang diterbitkan oleh MSP Communication Sdn. Bhd.
"Ia bukan rancangan bual bicara yang diprogram untuk wanita semata-mata tetapi juga untuk masyarakat umum. Topik yang diketengahkan bukan sekadar hal berkaitan penampilan diri, fesyen dan kecantikanbahkan turut membuka minda dengan isu semasa yang menjadi buah mulut masyarakat sama ada dalam mahu pun luar negara termasuk khabar dari Hollywood," jelas Kem yang teruja dengan program tersebut.
Untuk maklumat lanjut, hubungi Sekretariat TTWM 2011 di talian 03-2282 0878 atau layari laman web tributetowomen.com.my.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: