Thursday, February 3, 2011

Tambah radar kesan hujan


RADAR pengesanan hujan perlu ditambah bagi memudahkan data sistem amaran banjir lebih tepat diterima.


KUALA LUMPUR - Bilangan radar pengesanan hujan di seluruh negara perlu ditambah bagi membolehkan pola taburan hujan lebih tepat dikumpul seterusnya mampu memberi amaran banjir lebih awal.

Pengarah Ramalan Cuaca Jabatan Meteorologi, Saw Bun Liong berkata, sistem radar sedia ada masih terdapat kelemahan daripada segi pungutan data terutama melibatkan tempat-tempat tertentu.

Katanya, sebanyak 12 radar yang ada sekarang selalu mengesan banyak titik hitam kerana pancaran dihalang oleh bangunan yang tinggi atau bukit.

"Caranya hanya dengan membanyakkan jumlah radar supaya titik-titik hitam data hujan dapat diatasi untuk membolehkan kita mempunyai maklumat lebih tepat," katanya kepada Kosmo! semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: