Friday, February 18, 2011

Polis cari pemilik kasut gergasi ditemui


DENISE BOSTOCK memegang sepasang kasut bersaiz 21 yang ditemui di sebuah stesen minyak di Ilkeston, Britain pada bulan lalu.


ILKESTON, Britain - Polis di Derbyshire mencari pemilik sepasang kasut gergasi yang mempunyai saiz 21, lapor sebuah akhbar semalam.

Kasut itu diimport dari Amerika Syarikat (AS). Berdasarkan saiz kasut itu, pemiliknya mungkin mempunyai ketinggian lebih 2.1 meter sama dengan bintang bola keranjang AS, Shaquille O'Neal.

Bintang bola keranjang itu setinggi lebih 2.1 meter dan memakai kasut bersaiz 22.

Kasut itu ditemui di sebuah stesen minyak di sini pada bulan lalu.

"Ia (mencari pemilik kasut itu) seperti kisah Cinderella," kata seorang kakitangan sokongan dengan Polis Derbyshire, Denise Bostock.

Lelaki paling tinggi di dunia, Sultan Kosen dari Turki memakai kasut bersaiz 28 dengan ketinggian 2.49 meter.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: