Saturday, February 12, 2011

Nirina Zubir Tak Boleh Tinggalkan Anak

Nirina Zubir dan anaknya, Zivara Ruciragati.

JAKARTA: Pelakon Nirina Zubir mengaku tidak boleh berjauhan dari anaknya, Zivara Ruciragati hasil perkahwinannya bersama gitaris kumpulan Cokelat, Ernest.

Menurut Nirina, dia tidak mahu ketinggalan untuk melihat pembesaran anaknya itu walaupun sesaat.

“Saya masih belum boleh berpisah dengan anak, ke mana pun saya pergi pasti membawa dia bersama. Tadi baru berpisah sebentar sudah rindu.

“Begitu juga dengan ayahnya, ke mana juga pergi pasti mahu kami berada bersamanya,” kata Nirina seperti dipetik Kompas.com.

Nirina yang sedang sibuk dengan penggambaran filem Purple Love ini memberitahu berasa lebih bersemangat apabila ditemani anaknya.

“Dia buat saya lagi bersemangat untuk kerja, dia seperti bateri saya,” katanya berseloroh.

Dalam pada itu, Nirina turut memberitahu belum memberi susuan badan kepada anaknya.

“Saya masih belum memisahkan dia dengan susu biasa, sebab itu saya bawa dia ke mana-mana sahaja.

“Selain itu, saya juga sengaja beri pendedahan kepada dia tentang kerja kami agar bila sudah besar dia lebih faham,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: