Friday, February 4, 2011

MOSTI bawa teknologi kepada masyarakat


Mesin penghasilan minyak diesel daripada jathropa.


SAINS sebenarya satu bidang yang menyeronokkan dan sangat penting, meskipun ramai merungut kerana menganggapnya satu bidang yang rumit.

Perkataan sains sebenarnya berasal daripada perkataan Latin, scientia, yang membawa maksud ilmu pengetahuan.

Oleh itu, sejajar dengan maknanya, sains dan kemudian disusuli dengan teknologi sewajarnya diberi perhatian serius kerana tamadun manusia terbukti membangun dengan adanya sains.

Oleh yang demikian menguasai bidang sains, penyelidikan dan pembangunan (R&D) akan merintis kepada lebih banyak kajian yang dapat membantu memberi kesejahteraan kepada rakyat.

Kepakaran tempatan yang semakin dimanfaatkan membolehkan banyak sumbangan teknologi kepada kemajuan peradaban sains untuk kegunaan rakyat.

Menyedari kepentingan sains dan teknologi itu, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) beberapa tahun lalu menerusi agensi-agensinya memperkenalkan program yang dikenali sebagai TAP@Mosti kepada kumpulan sasar.

Menerusi program tersebut, pegawai MOSTI perlu turun ke akar umbi untuk bertemu wakil wakil penduduk di setiap kawasan yang dikenal pasti sebagai kumpulan perintis untuk diberi latihan kepada alatan atau sistem yang diperkenalkan kepada masyarakat masing-masing.

Projek ini memerlukan MOSTI dan wakil penduduk terbabit bekerjasama membangunkan kawasan berdasarkan keperluan masyarakat di satu-satu kawasan melibatkan 22 projek terpilih.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: