PETALING JAYA: Pelakon drama Ponti Anak Remaja, Azlee Khairi (gambar), 22, kerugian lebih RM1,000 selepas keretanya jenis Proton Iswara dikopak dalam kejadian di sekitar Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada malam Ahad.
Peristiwa itu berlaku kira-kira pukul 5 petang hingga 7 malam ketika dia sedang menjalani penggambaran drama Iparku Diva untuk Astro Warna (saluran 132).
“Dalam kejadian itu, saya telah kehilangan beg duit dan beg silang kesayangan saya. Waktu itu, saya sedang menjalani penggambaran drama Iparku Diva di sekitar Pavilion.
“Selepas selesai penggambaran, saya pulang ke kereta dan tidak perasan apa-apa. Apabila saya membuka dashboard yang menempatkan beg duit saya, baru saya sedar beg duit dan beg silang saya telah tiada. Masa itu hanya tinggal duit 50 sen dalam kocek seluar.
“Saya tengok ada kesan pintu kereta saya telah dikopak. Pengawal keselamatan di situ mengaku ada melihat sekumpulan penunggang motosikal berdekatan kereta saya.
“Saya syak pasti itu ‘kerja’ mereka. Selepas itu, saya terus membuat laporan di balai polis sekitar Shah Alam,” ujarnya kepada mStar Online.
Walaupun berasa terkilan, namun Azlee redha dan cuba melupakan kejadian tersebut kerana menganggap dia tidak akan mendapat semula barang yang telah dicuri itu.
“Pada mulanya saya tak boleh tidur malam dan berharap pencuri itu memulangkan semula barangan penting saya seperti kad pengenalan dan kad ATM. Bagaimanapun, saya terpaksa redha dengan takdir Allah,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: