Wednesday, February 16, 2011

Hakim tolak kes Beckham saman pelacur


IRMA NICCI


NEW YORK - Walaupun kecewa kes saman fitnah terhadap majalah popular In Touch digugurkan oleh sebuah mahkamah Amerika Syarikat (AS), bintang bola sepak David Beckham dan isterinya, Victoria tetap menyambut Hari Kekasih dengan keluar bersama untuk makan malam di sebuah restoran di sini kelmarin.

David menaiki penerbangan untuk menyertai Victoria, 36, yang kini sibuk melakukan persiapan untuk Minggu Fesyen New York.

Kelmarin, mereka meraikan Hari Kekasih bersama untuk kali pertama sejak tujuh tahun lalu kerana jadual kerja masing-masing yang begitu padat.

Bintang bola sepak berusia 35 tahun itu membawa isterinya makan malam romantis di restoran Minetta Tavern di sini.

Victoria kini berbadan dua dan dijangka melahirkan anak keempat mereka pada musim panas tahun ini.

David yang bermain untuk kelab bola sepak Los Angeles, LA Galaxy, menyaman majalah In Touch kerana menyiarkan artikel bahawa dia melanggan seorang pelacur, Irma Nicci dengan bayaran AS$3,228 (RM9,860) untuk semalaman pada 2007.

Bintang bola sepak itu memfailkan samannya di Mahkamah Tinggi Los Angeles pada September tahun lalu kerana mendakwa artikel tersebut tidak benar dan menceroboh kehidupan peribadinya.

Hakim Manuel Real yang mendengar kes tersebut kelmarin bagaimanapun mengetepikan saman itu kerana berpendapat pasukan peguam David gagal membuktikan bahawa artikel berkenaan berniat jahat.

"Hakim bagaimanapun tidak menolak artikel itu adalah tidak benar," kata seorang jurucakap Beckham.

Menurutnya, Beckham akan merayu keputusan tersebut.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: