Sunday, February 20, 2011

Graduan UUM terima ijazah selepas banjir


Samsia


SINTOK - Penantian 633 graduan Universiti Utara Malaysia (UUM) selama lebih dua bulan untuk naik ke pentas bagi menerima ijazah tiba ke penghujungnya apabila majlis konvokesyen yang ditangguhkan akibat banjir diadakan semalam.

Konvokesyen khas bagi menggantikan Majlis Konvokesyen ke-23 Sidang Kedua bagi Sesi Kelima dan Keenam itu berlangsung meriah di Dewan Mu'adzam Shah UUM di sini dari pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari.

Kesemua graduan menerima ijazah masing-masing daripada Pro Canselor UUM, Tun Dr. Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim. Turut hadir, Naib Canselor UUM, Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak.

Penganugerahan melibatkan graduan daripada Kolej Sastera dan Sains UUM (UUM CAS) serta Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa UUM (UUM COLGIS).

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: