|
Emilia juga sangat teruja mengadakan persembahan kerana dia terlebih dahulu dikenali di Singapura dan Malaysia sebelum mencipta nama di negaranya, Indonesia. Sebab itulah persembahan itu sangat mengujakan penyanyi berstatus ahli politik itu. ![]() Suara Emilia masih power. "Tapi bila dapat undangan untuk mengadakan show di Singapura, saya terus menerimanya tanpa berfikir panjang. Show di Singapura sangat bermakna buat saya," kata Emilia kepada hampir 800 penonton persembahannya. ![]() Ditemani suami. ![]() Ditemubual wartawan Melodi. Persembahan di Ballroom Orchid Country Club, Singapura pada 12 Februari lalu itu dibawakan oleh Orange dengan kerjasama Produksi Mata Hati, Q & Que dan Life Records. Ia juga sebagai mempromosikan DVD filem Akhir Sebuah Impian yang mendapat sambutan hangat di Singapura. Peminat teruja ![]() Dania menerima selendang lelongan amal daripada Emilia. Malah bila Emilia menganjak peminat naik ke pentas untuk menyanyi bersama-sama, tak perlu menunggu masa lama, malah ramai yang secara sukarela mahu naik sehingga pentas sarat. Ada yang datang ke pentas untuk memberikan hadiah kenang-kenangan kepada penyanyi kesayangan mereka itu. Emilia menyanyikan lagu-lagu antaranya Akhir Sebuah Impian, Penasaran, Pak Pung Pak Mustafe, Ibu Tiri, Jatuh Cinta, Angin Malam, Hitam Manis, Burung Dalam Sangkar, Mimpi Sedih, Nasib Pengembara dan beberapa lagi. Penyanyi itu turut memperdenarkan lagu lama yang dirakam kembali dalam sebiah album baru dariapdanya. Emilia merakam semula lagu Seroja dan Belas Kasihan. Lagu barunya diberi sentuhan irama padang pasir. ![]() Ramai peminat setia. Lelongan amal Sempena show itu juga, pihak penganjur mengadakan lelongan amal untuk disalurkan untuk membaikpulih Masjid Al Ansar yang semakin uzur. Emilia membawa sehelai selendang dan berjaya dilelong dengan harga S$2,500 (RM6,000) yang dibeli oleh seorang wanita dikenali Dania. Selepas sah lelongan itu menjadi miliknya, suami Dania bergegas keluar untuk ke bank bagi melunaskan derma tersebut. Sementara itu sebanyak lebih S$10,000 (RM24,000 dikutip daripada sumbangan penonton. "Alhamdulillah hasrat kami untuk menyalurkan sumbangan kepada masjid melalui show hari ini terlaksana," kata wakil penganjur acara tersebut kepada Mangga Online yang turut diundang membuat liputan.
|
Wednesday, February 16, 2011
Emilia teringin show di Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Penyanyi legenda Indonesia, Emilia Contessa sudah mengubat kerinduan peminatnya di Singapura dalam satu persembahan istimewa hujung minggu lalu. Show Eksklusif Hi Tea Bersama Emilia Contessa itu mendapat sambutan memberangsangkan.




No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: