Sunday, February 6, 2011

Amber tak percaya feng shui


AMBER berharap rezekinya melimpah-ruah seperti lincahnya seekor ayam.


TIADA momen yang paling indah dalam hidup seorang jelitawan bernama Amber Chia selain saat dikurniakan seorang cahaya mata yang comel.

Tarikh 28 September lalu, peragawati antarabangsa itu selamat melahirkan cahaya mata yang diberi nama Ashton Wong hasil perkongsian cintanya dengan Adrian Wong, 36.

Menjadi ibu, Amber ingin menumpahkan sepenuh kasih sayang kepada si comelnya. Jika tahun-tahun sebelum ini perincian Tahun Baru Cina dikhususkan kepada tubuh sendiri, tetapi kini ia beralih kepada orang baru.

Buktinya, anak kelahiran Ipoh, Perak itu menyediakan 10 pasang baju baru untuk Ashton dan hanya tiga pasang untuk dirinya sempena sambutan perayaan itu

"Sebelum ada anak sekurang-kurangnya saya kena ada 10 pasang baju baru, tetapi, kini saya memikirkan untuk anak sahaja," katanya.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, sambutan Tahun Baru Cina merupakan saat untuk Amber berehat panjang daripada rutin kerja.

Tempoh sepuluh hari bercuti memadai untuknya meraikan sambutan itu bersama suami, anak, ibu, bapa, lima adik-beradik lain serta saudara-maranya.

"Selain menyambutnya di Kuala Lumpur, saya akan membawa ibu dan bapa bercuti di Genting Highlands sepanjang sepuluh hari mereka di sini," katanya yang sedang berada di Ipoh, Perak bagi meraikan hari besar dalam kalendar lunar itu bersama saudara-mara.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: