
KUALA PERLIS – Sembilan awak-awak Thailand ditahan setelah hilang arah apabila seorang tekong bertindak terjun ke laut semasa bot mereka dikejar Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kira-kira 0.5 batu nautika dari sini petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira 2 petang itu, 10 nelayan Thailand tersebut menaiki bot kargo dalam perjalanan menuju perairan sempadan negara jiran dengan pelbagai barangan subsidi yang diseludup dari negara ini.
Ketua Penguat Kuasa Daerah Maritim 1, Kapten Maritim Rahim Abdullah berkata, apabila menyedari mereka dikejar pihak berkuasa, tekong bot bertindak terjun.
“Akibatnya sembilan awak-awak di dalam bot itu tidak dapat berbuat apa-apa dan berjaya ditahan.
“Hasil pemeriksaan ke atas bot nelayan itu menemui pelbagai barangan subsidi yang dilarang import iaitu 12 tong berisi 195 minyak petrol, tujuh tong berisi 130 diesel, 20 kilogram (kg) tepung gandum, 41 kg minyak masak dan 36 kg gula pasir,” katanya di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: