
IPOH – Dalam usaha meningkatkan mutu perkhidmatan dan menarik minat masyarakat negeri ini menggunakan pengangkutan bas awam, Kumpulan Bas Perak Sdn. Bhd. (KBP) bersedia melabur RM50 juta bagi meningkatkan keupayaan operasi syarikat berkenaan.
Menurut Pengurus Besarnya, Mohd. Syaiful Abdullah, ketika ini sebanyak RM5 juta telah dilaburkan bagi membeli 10 unit bas baru yang serba moden bagi beberapa laluan utama di seluruh negeri Perak.
Katanya, pelaburan tersebut akan ditambah dari semasa ke semasa melalui sepuluh fasa.
“Sasaran kita adalah untuk menyediakan 100 bas generasi baru kepada pengguna di semua laluan yang diluluskan kepada syarikat ini.
“Apa yang mustahak, penaiktarafan bas yang dirancang oleh konsortium ini diharap dapat meningkatkan minat orang awam, khususnya di daerah-daerah selain Kinta, untuk kembali menggunakan perkhidmatan bas awam,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: