Friday, October 8, 2010

Empat lelaki dituduh urus koperasi tanpa lesen


NABIL ABDUL KADIR


KUALA LUMPUR – Empat ahli lembaga pengarah koperasi termasuk seorang bergelar Datuk mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan menjalankan urusniaga koperasi tanpa lesen dua tahun lalu.

Mereka ialah Datuk Nabil Abdul Kadir, 47, Saiful Bakhri Abdullah, 28, Md. Sarip Salleh, 49, dan Lee Wei Onn, 43, masing-masing dari Koperasi Pelaburan Hartanah Berhad.

Bagi pertuduhan pertama mereka didakwa menerima pinjaman daripada bakal ahli koperasi itu sebanyak RM2 juta dengan masing-masing menerima RM500,000 sebelum koperasi itu didaftarkan secara sah dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di tingkat bawah 1 dan 2, Blok A, Setiawangsa Business Suites, Jalan Setiawangsa 11, Taman Setiawangsa di sini antara 22 Mac 2008 dan 9 Jun 2008.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 10A (1) Akta Koperasi 1993 (Akta 502) dan boleh dihukum denda tidak melebihi RM5 juta atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa menjalankan kutipan secara tidak sah atas nama Units atau Neocyber dengan menjanjikan bayaran dividen sehingga 16 peratus setahun kepada ahli koperasi sebelum koperasi itu mempunyai aktiviti yang mampu menjana pendapatan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: