BERANI, glamor dan romantik sering dijadikan elemen utama kala mengaitkannya dengan warna ungu. Ungu juga dikatakan pasti wujud dalam kisah cinta, apabila tarikan antara lelaki dan wanita disifatkan penuh misteri.
BHAT...jam dianggap pencetus gaya dan aksesori yang perlu ada bagi menyerlahkan gaya tersendiri.
Andai takut bermain dengan warna itu pada busana dan riasan wajah, mulakan dulu dengan pilihan aksesori ringkas dengan sedikit suntikan ungu agar penampilan tidak janggal.
Seperti yang disyorkan Pengarah Urusan Titan Industries Limited yang mengeluarkan jam tangan jenama Titan, Bhaskar Bhat, aksesori seperti jam bertemakan ungu sudah cukup untuk menyerlahkan gaya tersendiri dan menceriakan lagi penampilan polos.
“Kini, penggunaan jam tangan tidak lagi berfungsi sebagai penunjuk masa semata-mata kerana ia mula dianggap sebagai pencetus gaya yang tidak keterlaluan.
“Jam tangan moden turut hadir dengan pelbagai rekaan unik seiring dengan aliran fesyen yang sentiasa berubah, tapi pada masa sama majoriti masih mengekalkan beberapa ciri-ciri klasik dalam setiap rekaan,” katanya.Kata Bhat, Titan memilih ungu bagi koleksi musim luruh dan sejuk kali ini bagi mengiringi trend terkini yang galak dipaparkan di pentas peragaan dunia.
“Koleksi ungu ini mampu membuatkan pemakainya menjadi perhatian kerana selain rekaan yang lebih elegan, warna ungu itu sendiri bertindak seperti magnet yang pasti menarik tumpuan.“Selain itu, tambahan batu kristal Swarovski dalam koleksi ini juga memperlihatkan gaya yang lebih kontemporari dengan unsur asimetrik ,” ujarnya.
Koleksi ungu ini hadir dalam 10 rekaan menarik - Celestia, Firefly, Hypno, Jazz, Calyx, Snazz, Vibe, Ivy, Hex dan Ice - yang berharga antara RM319 hingga RM579.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: