
Walaupun berkali-kali pernah menafikan hubungan istimewanya dengan aktres jelita, Rozita Che Wan, namun ia tetap menjadi bualan orang. Malah sehingga kini, namanya masih dikaitkan dengan janda beranak dua itu.
Peluang bertemu mata dengan juara Akademi Fantasia musim kelapan ini memberi ruang kepadanya untuk menjelaskan tentang isu yang sedikit sebanyak memberi kesan kepada imejnya sebagai ‘budak baik’.
Shahir berkata, sejak akhir-akhir ini dia sudah makin lali dengan segala khabar angin yang timbul mengenai dirinya. Malah dia reda dan menganggap perlu menerima keadaan ini sebagai salah satu rencah kerjayanya sebagai anak seni.
“Shahir tidak mengerti kenapa orang mesti mengaitkan Shahir dengan Kak Ita (gelaran Rozita). Pada hal Shahir cuma menganggap Kak Ita seperti idola dan artis senior sahaja.
“Kebetulan dia artis pertama yang Shahir kenali semenjak berada dalam Akademi Fantasia. Malah, sikap Kak Ita yang ramah dan tidak lokek ilmu membuatkan Shahir senang berbual dengannya.
“Tapi itu tidak bermakna Shahir mahu pun Kak Ita menyimpan perasaan antara satu sama lain. Cuma bila kita sudah biasa dengan seseorang itu jadi kita rasa selesa dengan dia, itu sahaja,” luah Shahir kepada Sinar Harian.
Menyentuh tentang teman lelaki Rozita yang bernama S ataupun Shah, ramai yang mengaitkan nama tersebut dengan anak muda ini. Bagaimanapun, bagi Shahir, persamaan namanya dengan teman lelaki Rozita adalah secara kebetulan semata-mata.
Jelas Shahir, masih terlalu awal untuknya memikirkan soal cinta dan fokus utamanya kini adalah terhadap kariernya yang baru bermula.
Beralih tentang dakwaan yang dia kini didampingi ramai golongan sejenis atau pun gay, Shahir yang kelihatan terkejut dengan berita itu, bagaimanapun pantas menafikannya.
“Saya masih belum diganggu dengan ujian-ujian berat seperti ini. Saya harap hentikanlah tohmahan itu kerana saya lelaki yang normal,” katanya.
Dalam pada itu, Shahir turut memberikan penjelasan tentang desas-desus yang kononnya kereta mewah Fairlady Z miliknya itu ditaja seseorang.
“Shahir tidak kata Shahir beli kereta itu dengan wang tunai. Shahir pun seperti orang lain yang membuat pinjaman dengan bank untuk membeli kereta. Jadi janganlah pandai-pandai kata Shahir ditajalah atau apa-apa sahaja yang memberi nama buruk pada Shahir,” tegas Shahir.
Sementara itu, bercerita mengenai kereta kesayangannya yang masih berada di bengkel sejak kemalangan pada 22 September lalu, Shahir berkata, anggaran kos yang perlu ditanggung untuk membaik pulih kereta itu mungkin mencecah sehingga RM 60,000.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: