
Menurut pelakon yang popular dengan drama Kisah Kaisara ini, kehadiran bayi lelakinya itu melengkapkan lagi rumah tangganya bersama suami tercinta, Mohd Eddy Casmady, 28, yang dibina pada 17 Januari 2009.
Seperti wanita lain, Sari begitu teruja menjalani kehidupan sebagai isteri dan ibu. Melihat anak kecil membesar di depan mata adalah saat yang paling bermakna buat semua ibu, bahkan Sari sendiri tidak mahu melepaskan peluang keemasan itu.
“Selagi Sari mampu, Sari akan jaga anak sendiri. Buat masa ini, Sari tak perlukan pembantu kerana Sari mampu uruskan sendiri semuanya.
“Bukannya Sari tak percaya kepada pembantu atau pengasuh yang ada, tapi Sari rasa selesa uruskan rumah tangga sendiri, tanpa orang luar.
“Kalau ada urusan, Sari akan hantar anak ke rumah ibu mertua,” kata Sari yang begitu teruja mengadakan majlis cukur jambul untuk anak sulungnya itu di Restoran Tajine, Kuala Lumpur.
Bertemakan Arabian, majlis yang cukup meriah itu turut dihadiri keluarga Sari dan suaminya. Selain ahli keluarga dan teman terdekat, beberapa rakan artis seperti, Dynaz, Ezylnn dan Nurul Yuhada juga hadir memberikan sokongan.
Berkongsi pengalamannya bergelar ibu, kata Sari, bukan mudah untuk menguruskan anak kecil apatah lagi di saat kali pertama menimang cahaya mata. Namun dengan adanya suami yang ‘ringan tulang’, segala urusan menjadi mudah.
“Sari bersyukur kerana dikurniakan suami seperti Eddy. Dia memang pandai uruskan anak, malah lebih pandai daripada Sari. Dia boleh uruskan semua, tanpa disuruh.
“Anak kami pun tak banyak ragam dan senang jaga,” kata Sari yang masih menyusui bayinya secara eksklusif.
Pengacara Chopp! ini juga akan kembali aktif berlakon selepas kali terakhir membintangi drama Keabadian Cinta. Bagaimanapun, statusnya sebagai ibu akan mengehadkan kemunculannya sebagai pelakon.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: