Saturday, October 9, 2010

Sepang tunggu juara dunia

PERLUMBAAN Grand Prix Malaysia di Sepang hujung minggu ini bakal menyaksikan Jorge Lorenzo dimahkotakan sebagai Juara Dunia MotoGP 2010.

HEBAT...(dari kiri) Valentino Rossi, Casey Stoner, Jorge Lorenzo, Andrea Dovizioso dan Marco Simoncelli ketika sidang media MotoGP Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang, kelmarin.
HEBAT...(dari kiri) Valentino Rossi, Casey Stoner, Jorge Lorenzo, Andrea Dovizioso dan Marco Simoncelli ketika sidang media MotoGP Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang, kelmarin.

Litar SIC...bakal nobat juara mutlak dunia. Casey Stoner KONTROVERSI...persaingan hebat antara Valentino Rossi (kanan) dan Jorge Lorenzo di Motegi minggu lalu. MENYENGAT...pelumba negara, Zulfahmi Khairuddin beraksi pada sesi ujian bebas 125cc di Litar Sepang. LEGA...Loris Capirossi menyejukkan badan didepan kipas selepas sesi ujian bebas semalam. Dani Pedrosa


Litar SIC...bakal nobat juara mutlak dunia.
Penunggang pasukan Fiat Yamaha itu kini mempunyai kelebihan 69 mata ke atas Dani Pedrosa dalam ranking Kejuaraan dan hanya perlu menamatkan perlumbaan di tempat kesembilan esok untuk merangkul gelaran itu selepas Pedrosa disahkan tidak akan bertanding hujung minggu ini.

Lorenzo pula mempunyai rekod cemerlang di Sepang selepas merangkul gelaran 250cc kedua pada 2007 dan menduduki tangga keempat tahun lalu biarpun bermula di petak terakhir.

“Ia mungkin hujung minggu yang istimewa bagi saya, pasukan dan keluarga,” kata Lorenzo. “Saya begitu teruja tetapi sedar saya perlu memberi tumpuan dan bekerja keras. Saya mahu bermula dengan pantas dan penuh keyakinan, tidak terlalu memikirkan mata kejohanan dan menikmati perlumbaan paling penting sepanjang karier saya,” katanya.

Ketika Lorenzo berminat untuk memberi tumpuan terhadap kejuaraan berkenaan ketika sidang media, media pula lebih berminat untuk mengetahui mengenai pertarungan sengit pelumba itu dengan Valentino Rossi untuk kedudukan podium terakhir di Montegi minggu lalu.

Lorenzo bagaimanapun enggan mengulas mengenai insiden itu atau sebarang pertelagahan yang berlaku selepas itu.“Jepun, apa yang berlaku di Jepun?” soalnya kembali apabila ditanya. “Oh ya, saya menandatangani kontrak dua tahun lagi bersama Yamaha, ia sungguh hebat!”

Ketika didesak lebih lanjut mengenai kejadian di Montegi, penunggang Fiat Yamaha itu berkata: “Kami di sini untuk acara hebat hujung minggu ini, tidak kiralah apa yang berlaku pada masa lalu, ia tidak akan berlaku sekarang atau masa depan,” katanya.

Ketika Lorenzo dilihat begitu lantang dan kritikal terhadap aksi Rossi di Montegi, Juara Dunia bertahan itu menegaskan ia hanya membuktikan saingan hebat kedua-dua penunggang yang berada pada tahap terbaik masing-masing.


“Pertarungan saya dengan Jorge di Montegi begitu hebat dan amat melucukan,” kata Rossi. “Saya sukakan saingan seperti ini dan kelihatan ­hebat di televisyen malah lebih hebat bagi yang merasainya. Ia begitu agresif, tidak lebih daripada itu,” katanya.

Rossi menjulang Kejuaraan Dunia di sini tahun lalu dengan menamatkan perlumbaan di podium dan daripada semua pelumba MotoGP ketika ini, dia mempunyai rekod cemerlang di litar Sepang.

Bagaimanapun, Juara Dunia bertahan itu tidak menjanjikan apa-apa untuk perlumbaan hujung ­minggu ini di Malaysia di mana kecederaan bahu yang dialaminya dalam kemalangan motocross awal musim ini masih mampu mendatangkan masalah buatnya.

“Ini adalah antara trek kegemaran saya. Setiap kali saya berlumba di trek ini, saya sukakannya dan cukup mengujakan. Saya mempunyai kenangan yang hebat dalam perlumbaan dan Kejuaraan di sini. Saya ingin tahu apakah bahu ini akan merasai kesakitan di Sepang, memandangkan ia satu trek yang sukar,” katanya.

Apabila ditanya mengenai khabar angin bahawa dia akan menamatkan musim perlumbaan lebih awal untuk menjalani pembedahan bahu, Rossi berkata dia 99 peratus pasti akan ke Australia dan jika tidak mengalami kesakitan bahu, dia mahu menamatkan perlumbaan itu.

Selepas bermula sukar awal musim ini, Casey Stoner kembali menemui rentak dengan kemenangan berturut-turut di AragÛn dan Motegi. Pelumba Ducati menjuarai perlumbaan di Sepang tahun lalu dan masih boleh menduduki tangga kedua Kejuaraan dengan keputusan lebih baik menjelang akhir musim ini.

Stoner menjadi satu-satunya penunggang yang menang tiga kelas perlumbaan Grand Prix di Sepang dan pelumba Australia itu mungkin lebih gembira dengan satu lagi kemenangan hujung minggu ini untuk menambah koleksi kemenangan pada 2007 dan 2009.

“Kami ke sini dengan lebih keyakinan selepas perlumbaan Motegi,” kata pelumba Australia itu. “Kami bermula dengan baik di Jepun tetapi kemudiannya kami merosot dan akhirnya bangkit kembali. Ia kemenangan yang penting bagi kami.
“Musim ini tidak memihak pasukan kami dan saya masih belum mampu menyaingi Jorge atau Dani tetapi kami akan terus berusaha dan lihat apa yang berlaku hujung minggu ini,” katanya.

Andrea Dovizioso ­kembali ke podium di Jepun dan ­penunggang Repsol ­Honda yang bermula di petak ­pertama di Montegi buat kali pertama sepanjang kariernya sebagai pelumba MotoGP, adalah seorang lagi penunggang yang mempunyai rekod cemerlang di Sepang.

Pelumba Itali itu menduduki tempat kedua Kejuaraan Dunia 125cc di sini pada 2004 dan meraih podium MotoGP buat kali pertama apabila menduduki tempat ketiga pada 2008.

Selepas mempamerkan aksi membanggakan di Jepun, satu-satunya wakil pasukan Repsol Honda ­bersemangat untuk memberi saingan ­sengit dalam perlumbaan di Malaysia hujung minggu ini.

“Prestasi kami di Jepun hujung minggu lalu hebat, yang terbaik sepanjang tahun ini,” kata Dovizioso. “Kami tiba di sini dengan lebih keyakinan dan motosikal kami sentiasa hebat di litar ini. Pastinya ia perlumbaan menarik hujung minggu ini dan kami berpeluang ­untuk merebut podium dan saya harap mungkin boleh ­menjuarai perlumbaan ini,” katanya.Marco Simoncelli yang ketika ini di kedudukan kesembilan ranking kejuaraan, menyamai keputusan terbaiknya musim ini dengan tempat keenam di Jepun. Penunggang Itali itu yakin tahap konsisten yang ditunjukkan dalam perlumbaan di Montegi hujung minggu lalu akan membantunya dalam perlumbaan di Sepang.

“Hujung minggu yang hebat di Montegi,” kata Simoncelli. “Saya berjaya memperoleh rentak sepanjang latihan, kelayakan dan pemanas badan serta konsisten ketika perlumbaan di mana sebelum ini prestasi saya menjunam menjelang akhir musim.

“Kini kami tidak begitu jauh berbanding pendahulu tetapi kami perlu bekerja keras untuk mengalahkan mereka. Saya harap dapat memperbaiki keputusan menjelang hujung musim ini bermula dengan hujung minggu ini di Sepang,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: