Saturday, October 9, 2010

Freida jadi gadis pejuang Palestin

RAMALLAH (Tebing Barat): Aktres India, Freida Pinto yang membintangi filem ‘Slumdog Millionaire’ berpindah dari kawasan setinggan Mumbai ke kem pelarian yang kotor di Tebing Barat dalam filem terbarunya mengenai perjuangan seorang gadis Palestin yang menentang Israel dalam konflik di Timur Tengah itu.

FREIDA bawa watak utama.
FREIDA bawa watak utama.
Filem ‘Miral’ yang diarahkan tokoh yang pernah memenangi anugerah, Julian Schnabel turut dibintangi Willem Dafoe serta Vanessa Redgrave.


Filem yang bakal ditayangkan di Amerika Syarikat pada Disember ini memaparkan fenomena kehidupan masyarakat Palestin yang penuh kasih sayang berbeza dengan tanggapan Barat yang melihat masyarakat Arab sebagai bangsa yang ganas.


Menurut Freida yang menjadi terkenal selepas kejayaan filem Slumdog yang menggondol lapan anugerah Academy peluang berlakon dalam Miral memberinya pengalaman mengenai latar yang berbeza.


Miral mengisahkan tentang konflik yang tercetus di Timur Tengah berdekad-dekad lamanya.


Sinematografi filem ini memaparkan landskap bumi Palestin yang indah dan Freida cukup menyerlah dalam setiap babak yang dilakonkannya.


Bagaimanapun, dialog filem ini berbaur keagamaan kerana Schnabel cuba memuatkan sebanyak mungkin sejarah Palestin dalam filem selama 112 minit ini.


Bagi pembuat filem, mesej yang ingin disampaikan dalam Miral menjadi kunci utama filem ini.


Bagi rakyat Amerika yang tidak tahu-menahu apa pun mengenai Palestin, filem ini menjadi medium terbaik untuk memperoleh maklumat,” kata Yasmine al-Massri, 31, aktres Palestin yang membina nama di Paris. Yasmine melakonkan watak ibu Freida dalam Miral. Dalam sidang akhbar di Ramallah sebelum tayangan perdana malam semalam, beberapa kru filem berketurunan Palestin berharap lakonan Freida mampu menarik orang ramai untuk menonton Miral yang diarahkan pengarah berketurunan Yahudi, selain menangkis tanggapan berat sebelah dunia terhadap rakyat Palestin.


“Miral adalah filem mengenai kehidupan gadis Palestin yang diarahkan seorang pengarah Yahudi warga Amerika.


Schnabel dipilih sebagai Pengarah Terbaik di Festival Filem Cannes pada 2007 menerusi filem arahannya ‘The Diving Bell and the Butterfly.’

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: