Friday, October 8, 2010

Proton mahu geran R&D

PROTON Holdings Berhad (Proton) berharap kerajaan menyediakan insentif untuk penggunaan teknologi hijau serta geran penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi menggalakkan inovasi selaras pelaksanaan Model Ekonomi Baru (MEB).

Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir
Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir
Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, pihaknya kini dalam usaha menghasilkan kereta hibrid dan sejumlah wang sudah dibelanjakan bagi tujuan itu.


Beliau berkata, Proton bakal memperkenalkan kereta hibrid keluarannya menjelang 2012 pada harga berpatutan supaya mampu dimiliki semua lapisan masyarakat.


“Setakat ini, Proton sudah memperuntukkan kira-kira RM180 juta bagi menjalankan R&D untuk kereta hibrid dan berharap dalam Bajet 2011 nanti, kerajaan mempertimbangkan untuk memberi geran supaya Proton dapat meneruskan R&D ini sekali gus mengeluarkan kereta hibrid negara.


“Kira-kira 50 kereta hibrid bakal dihasilkan dalam fasa pertama menjelang 2012, malah yang paling penting kereta itu kelak akan lebih murah berbanding kereta hibrid lain di pasaran,” katanya pada temui sempena majlis Rumah Terbuka Proton di Kuala Lumpur, kelmarin.


Hadir sama Pengerusi Kumpulan Proton, Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh.

1 comment:

  1. Buat apa nak geran R&D kalau tahu menciplak design company kereta lain saja.

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: