Friday, October 8, 2010

Oksana terbayang maut

LOS ANGELES: Bekas teman wanita Mel Gibson yang mendakwa dia ditumbuk dan dicekik pemenang Oscar itu mendedahkan pengalamannya kepada media untuk kali pertama, semalam.

BAHAN BUKTI...Oksana menunjukkan giginya yang patah akibat ditumbuk Gibson.
BAHAN BUKTI...Oksana menunjukkan giginya yang patah akibat ditumbuk Gibson.
SAAT BAHAGIA...Gibson bersama Oksana ketika hubungan mereka belum bermasalah.
SAAT BAHAGIA...Gibson bersama Oksana ketika hubungan mereka belum bermasalah.
Kata Oksana Grigorieva, berdasarkan keadaannya diserang, dia menyangka Gibson memang berniat untuk menamatkan riwayatnya.


“Gibson nampak darah mengalir keluar dari mulut saya selepas kena tumbuk.


“Ketika itu saya yakin dia memang mahu membunuh saya,” katanya menceritakan kejadian di kediamannya di Malibu pada Januari lalu.


Menurut pemain piano dan pencipta lagu dari Russia itu, dia amat bimbangkan keselamatan nyawa diri dan anak perempuannya, Lucia, yang lahir pada 2009 hasil perkongsian hidup dengan Gibson sebelum ini.


Kata Oksana, 40, dia terkena dua tumbukan Gibson, masing-masing pada kepala dan mulutnya.


“Ketika itu apa yang saya bimbangkan adalah keselamatan Lucia.


“Saya terjatuh ke katil ketika cuba melindungi anak saya,” katanya.


Dalam keadaan begitu, kata Oksana, Gibson, 54, tidak berpuas hati, malah terus mencekik sambil menjerit di depan mukanya.


Ketika itu, katanya, dia ternampak ada sedikit darah pada dagu Lucia.


“Kemudian dia menunjukkan pistol yang ada di tangannya,” katanya.Oksana berkata, ketika Gibson menyerahkan Lucia kepadanya sebulan kemudian, aktor Braveheart itu juga berkata: “Ambil dia atau saya mungkin akan mencederakannya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: