MENGELUH ketika diri berdepan ujian perkara yang sering berlaku. Berapa kerat di antara kita yang memandangnya daripada sudut positif iaitu laluan berliku itu sebenarnya lorong menuju kejayaan.
POTENSI...Mahadzir dengan produk keluarannya, Mr Keli, yang dipasarkan sejak setahun lalu.
Ia bermula apabila abangnya, Nazarul, 30, dan kakak, Siti Rafizah, yang mengusahakan ternakan keli kanvas di Temerloh, Pahang, menghadapi masalah pasaran iaitu pembeli yang tidak konsisten.
Enggan mengalah pada keadaan, penyelesaian yang ada ialah mengusahakan perniagaan baru yang kurang saingan tetapi mempunyai prospek baik iaitu memasarkan keli dalam tin.
“Sebelum ini, saya mengusahakan agensi pelancongan, tetapi bisnes itu tidak mampu bertahan lama kerana banyak saingan. Tidak sampai setahun berjuang, saya mengambil keputusan menutup perniagaan. Kebetulan, abang dan kakak yang menternak keli kanvas menghadapi masalah pasaran,” katanya.
Daripada pelancongan beralih kepada industri makanan, anak kesembilan daripada 11 beradik itu menubuhkan Nation Lines Sdn Bhd untuk memasarkan produk keli dalam tin. Pemegang Ijazah Sarjana Muda Pelancongan dari Universiti Utara Malaysia (UUM) itu memulakan perniagaan dengan modal RM100,000 menerusi bantuan dan sokongan keluarga.
Selepas membuat tinjauan di beberapa kilang bagi menghasilkan produk keli dalam tin serta melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan kerjasama Mardi (Institut Penyelidikan dan Pertanian Malaysia), produk pertama dipasarkan lebih setahun lalu.
“Peringkat permulaan Mr Keli dipasarkan di kedai runcit sekitar Temerloh dan Jengka di Pahang, Kedah dan Pulau Pinang. Cabaran ketika mula memasarkan produk ialah ramai orang tidak makan keli kerana beranggapan ikan itu kurang bersih di segi pemakanan.
“Tugas saya ialah meyakinkan pengguna bahawa produk kami daripada keli yang diberi makan makanan bersih dan berkualiti. Kualiti ikan bermula dengan penjagaan makanannya.
“Keli perlu diberi makan dedak sebelum boleh ditinkan kerana jika diberi makanan lain seperti perut ayam, ikan akan banyak lemak, baunya kurang enak dan isinya hancur menyebabkan ia sukar ditinkan.
“Saya perlu yakinkan pembeli, ikan berkenaan diternak dalam keli kanvas dan diberi makanan bersih. Keli yang diternak dalam kanvas juga tidak meletup ketika digoreng kerana kurang lemak,” katanya.
Mr Keli yang didatangkan dalam tiga perasa iaitu cili, tomato dan kari turut menembusi pasaran pasar raya besar. Ia boleh didapati di Mydin sejak sembilan bulan lalu, manakala Giant, lapan bulan lalu.
Ditanya mengenai saingan dengan produk makanan berkaitan terutama yang lebih dikenali, Mahadzir berkata, dia tidak gusar mengenai pasaran kerana produk makanan sentiasa ada permintaan.
“Isu penipuan dalam 'contract farming' banyak menjejaskan usaha memperkenalkan produk. Ikan keli juga sering dikaitkan dengan isu kebersihan selain rupanya yang ditakuti sebilangan orang.
“Ada kakitangan saya sendiri, pada mulanya tidak makan ikan keli, tetapi apabila selalu mengikuti promosi Mr Keli, dia teringin hendak makan dan kini boleh menerimanya,” katanya.
Lebih manis, hampir setahun di pasaran, Mr Keli mulai kenali. Produk itu juga kini mempunyai perubahan daripada segi saiz tin dan rasa. Jika dulu ikan yang ditinkan tidak digoreng, tetapi kini digoreng menjadikan rasanya lebih sedap.
“Usaha memperkenalkan Mr Keli dilakukan dengan promosi berterusan kerana produk baru mengambil masa untuk dikenali. Apabila ke pasar raya, mereka akan tuju tempat barangan yang hendak dibeli saja. Menerusi promosi dengan memberi pelanggan mencuba produk, Mr Keli dapat diperkenalkan,” katanya.
Mahadzir turut mengikuti pelbagai pameran di seluruh negara anjuran agensi berkaitan seperti Mara dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama).
“Pada pameran Mihas (Pameran Perdagangan Halal Antarabangsa), baru-baru ini, ada pihak luar yang berminat dan meminta kami menghantar sampel keli kering ke Senegal, Afrika. Di sana, penduduknya makan ikan yang dikeringkan. Kami kini dalam proses memenuhi permintaan itu. Kami juga dalam proses membuat filet kerana terdapat permintaan dari Hong Kong dan Amerika Syarikat (AS). Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) banyak membantu mengembangkan pasaran ke luar negara,” katanya.
Menurutnya, penghujung tahun ini, Nation Lines akan mengeluarkan makanan sejuk beku daripada keli seperti naget, sosej, burger, bebola dan filet selain roti keli dan samosa.
“Tidak ramai Bumiputera terbabit dalam pengilangan dan pemasaran produk dalam tin. Hasrat saya ialah menjadi pengusaha Bumiputera yang berjaya dalam industri pengeluaran dan pengilangan produk makanan,” katanya.
penipu pelabur...mampus lah
ReplyDeleteMahadzir penipu besar pelabur ikan keli kanvas!.... Ingat tak selamat hidup keluarga dengan menipu duit orang!!!!
ReplyDeleteBuat malu orang Jengka 2 jer!...
ReplyDeleteBila nak bayar duit pelabur semuala!!!
ReplyDeletePENIPU.....