![]() |
| MOHD. AMRI (kiri) menunjukkan logo halal yang tamat tempoh dalam serbuan ke atas sebuah kilang di Klang semalam. |
KLANG - Sebuah kilang pengeluar mi, bihun, kue teow, laksa dan minuman soya yang masih berdegil selepas lebih tiga kali diberi amaran supaya tidak lagi menggunakan logo halal menerima padah apabila diarahkan tutup serta-merta manakala semua barangan disita.
Selain itu, pengusaha kilang terbabit bakal berdepan tindakan mengikut Akta Perihal Dagangan 1972 dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM250,000.
Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Mohd. Amri Abdullah berkata, serbuan dijalankan setelah pihaknya mendapat aduan daripada orang ramai yang meragui status halal produk makanan yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut.
Menurut beliau, serbuan pada pukul 11 pagi itu melibatkan pegawai dan anggota Jakim, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor dan Jabatan Kesihatan Daerah Klang.
Katanya, selain tidak mematuhi peraturan persijilan halal kilang berkenaan didapati tidak mengamalkan kebersihan menyebabkan arahan dikeluarkan supaya ditutup serta-merta selama 14 hari bagi menjalankan kerja-kerja pembersihan.
"Berdasarkan rekod Jakim pula, logo halal yang diperoleh syarikat ini telah tamat tempoh pada akhir 2008 dan selepas itu pengusaha terbabit pernah membuat permohonan baru sijil halal.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: