Friday, October 8, 2010

Pusat ujian asap ditambah


UGGAH EMBAS (kanan) memeriksa tahap kebisingan motosikal di PPAK JAS Perak di Gopeng semalam.


GOPENG – Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar bercadang membina lebih banyak Pusat Pengujian Asap Kenderaan (PPAK) di seluruh negara bagi meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan kesalahan membabitkan asap kenderaan dan bunyi bising motosikal.

Menterinya, Datuk Seri Douglas Uggah Embas berkata, kewujudan PPAK bakal meningkatkan kecekapan penguatkuasaan Jabatan Alam Sekitar (JAS) sekali gus meningkatkan kesedaran pemilik kenderaan tentang tanggungjawab menjaga kelestarian alam sekitar.

“JAS menyedari kesulitan yang dihadapi pemilik yang perlu menjalani ujian semula pelepasan asap dan gas daripada kenderaan mereka.

“Ketika ini ujian dilaksanakan di lokasi-lokasi tidak tetap seperti tanah lapang dan kawasan letak kereta,” katanya semasa berucap merasmikan PPAK JAS Perak di Kawasan Perindustrian Gopeng di sini semalam.

Hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Bukan Islam Perak, Datuk Dr. Mah Hang Soon dan Ketua Pengarah, Jabatan Alam Sekitar, Datuk Rosnani Ibrahim.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: