![]() |
| Sunway Quay Princess yang boleh digunakan oleh penduduk untuk menganjurkan majlis keramaian. |
KEDIAMAN mewah di tepi tasik dengan kemudahan kapal layar mewah untuk bersantai dan bersiar-siar pasti menjadi idaman ramai orang.
Bayangkan tinggal di bungalow mewah dengan kemudahan kelas pertama termasuk kapal layar yang bukan sahaja untuk bersantai tetapi juga bagi menganjurkan parti persendirian secara eksklusif bersama teman-teman istimwewa.
Impian itu mampu menjadi kenyataan di Sunway South Quay, iaitu projek perumahan mewah dengan lambang keunggulan tersendiri.
Projek perumahan eksklusif yang terletak di tepi tasik Sunway itu, bukan sekadar menawarkan vila-vila mewah, tetapi juga kemudahan unik yang tidak pernah ditawarkan oleh mana-mana pemaju.
Oleh itu ketika memasuki kawasan Sunway South Quay, jangan terkejut dengan kehadiran sebuah kapal layar mewah yang berada di tengah-tengah vila mewah di BayRock, Garden Waterfront Villas.
Cetusan idea tersebut diilhamkan oleh Pengerusi Kumpulan Sunway, Tan Sri Jeffrey Cheah yang mahu memperkenalkan buat julung kalinya kemudahan kapal persiaran yang diberi nama Sunway Quay Princess untuk kegunaan penduduk Sunway South Quay.
Projek perumahan dan kapal persiaran itu melambangkan contoh keunggulan kehidupan mewah di tepi tasik.
Bermula pada kadar harga dari RM5.1 juta sehingga RM8 juta, pemilik kediaman di Sunway South Quay boleh menggunakan segala perkhidmatan termasuk mengadakan majlis hari jadi di atas kapal persiaran mewah tersebut.
Bercirikan rekaan moden dan reka bentuk yang canggih dengan rupa yang sederhana dan tona warna yang cerah sudah tentu memberikan keselesaan kepada pemiliknya.
Berkeluasan 105 hektar, Sunway South Quay diibaratkan bagai hidup di kayangan. Kapal layar mewah sepanjang kira-kira 25 meter itu bukan sahaja lambang kemewahan, tetapi juga tarikan utama di kawasan kediaman itu.
Ketika majlis pelancarannya baru-baru ini, Sunway City Berhad (SunCity) iaitu pemaju kawasan perumahan itu telah juga memperkenalkan lokasi kediaman mewah itu kepada para wakil media.
Bagaimanapun, vila-vila tersebut telahpun mencapai 70 peratus jualan dan hanya tinggal beberapa unit sahaja lagi yang masih belum dijual.
Di BayRock, hanya terdapat sebanyak 77 unit rumah banglo mewah termasuk banglo dua setengah tingkat dengan keluasan kawasannya kira-kira 13 hekar di pinggir tasik.
Di samping itu, terdapat juga beberapa unit kondominium mewah dan pangsapuri.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: