Tuesday, October 5, 2010

Itu Memang Anak Angkat Saya - Alyah

Timbul cerita kurang enak apabila dua anak angkat yang dibela iaitu Mohamad Alif, 4, dan Naziatul Afiqah, 2, dikatakan sebagai anak kandungnya sendiri. Alyah tampil memberi jawapan.

"Kalau orang kata begitu, tunjukkan bukti bila Alyah mengandung?


"Alyah sibuk keluarkan album pada 2008 so bila masa pula Alyah nak melahirkan anak. Hanya orang dalam industri tahu apa yang berlaku. Alyah sentiasa sibuk dan tak pernah bawa perut sepanjang berada dalam industri. Alyah boleh tunjukkan nama ibu dan ayah sebenar anak angkat Alyah.

"Alyah tak pernah kahwin. Alif dan Naziatul adalah anak angkat Alyah. Tapi Alyah tak nafikan pernah bertunang sekitar 2006 dan putus setahun selepas itu," ujarnya kecewa dengan tohmahan tersebut.

Seronok Berlakon

Biarpun dugaan datang melanda penyanyi kecil molek ini, namun rezekinya tidak pernah putus. Terbaru, Alyah baru sahaja selesai menjalani proses alih suara untuk siri animasi popular, Ice Age 2. Memegang watak Elle, Alyah teruja dengan pengalaman barunya.

"Memang Alyah pernah berlakon dalam drama di Astro, namun alih suara ini nampaknya lebih sukar. Bila Alyah alami sendiri pengalamannya, memang sesuatu di luar jangkaan. Mungkin orang lihat mudah sebab mereka tak nampak muka kita. Tapi sebenarnya untuk mengalami watak di dalam animasi adalah lebih sukar. Melalui suara, kita kena tunjukkan rasa sayang, marah dan sedih.

"Seronok sebenarnya bila dapat tawaran berlakon, namun biarlah Alyah tumpukan sepenuhnya kepada bidang nyanyian. Belum masanya untuk Alyah bergelar pelakon dan penyanyi," katanya.

Merah Itu Alyah

Di mana saja Alyah ditemui, pasti di tubuhnya akan disaluti sesuatu berwarna merah. Jika bukan baju, pasti kasut. Jika tidak pun bibirnya pasti tercalit gincu merah menyala. Merah seakan-akan sinonim dengan Alyah.

Apabila diajukan persoalan tersebut, Alyah bingkas menepis. Katanya mungkin secara kebetulan sahaja, tiada niat menjadikannya sebagai trademark.

"Memang Alyah sukakan warna yang terang seperti merah, hijau dan jingga. Tapi untuk jadikan merah itu adalah Alyah mungkin tidak. Mungkin kebetulan saja," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: