Tuesday, October 5, 2010

Pasangan Anak dan Ayah Meriahkan Mari Menari

Satu-satunya pasangan anak dan ayah dalam program realiti Mari Menari, Pasangan Jaya pantas mendapat perhatian ManggaOnline. Bukan kerana mereka satu-satunya pasangan berbangsa India, namun keakraban dan kasih sayang yang terpancar dalam hubungan mereka.

"Pada mulanya saya mengajak suami untuk sertai program ini tapi dia tolak. Lepas itu saya ajak adik dan dia juga menolak atas alasan malu. Saya tabahkan hati untuk meminta ayah menjadi pasangan dalam Mari Menari dan dia terus kata ok. Saya macam tak percaya bila ayah setuju. Tapi saya tahu ayah saya memang seorang yang sporting dan kami sekeluarga memang suka menari di rumah.

"Saya tahu ayah boleh menari mengikut rentak. Terharu bila melihat keazaman ayah yang sangat kuat untuk belajar menari dengan koreografer.

"Ibu beritahu saya ayah kuat berlatih menari di rumah setelah diterima menjadi peserta Mari Menari.

"Waktu kecil dulu, ayah pernah adakan pertandingan tarian antara kami adik beradik dan ayah menjadi juri. Sekarang, giliran ayah pula yang akan dikritik (ketawa)," kata Subashni yang juga seorang pelakon teater.

Bukan mudah melihat seorang bapa yang sanggup mengambil bahagian dalam bidang yang diminati anaknya. Namun J Retnam bangga dapat memberi sokongan kepada anak sulungnya itu.

"Bila lihat anak yakin dengan saya, saya mesti tunjukkan sokongan kepadanya. Kalau dia tak yakin, tak mungkin dia mahu ajak saya menyertainya. Isteri saya pun setuju walaupun agak terperanjat pada mulanya.

"Sekarang saya sudah mula training angkat dumb bell sebab saya tahu mesti kena angkat anak saya nanti," katanya.

Mari Menari merupakan sebuah program realiti tarian terbaru Astro Ria untuk mencari pasangan yang berpotensi untuk diketengahkan dalam bidang seni tari. 12 pasangan telah dipilih dan bakal diterajui oleh Awal Ashaari dan Lisa Surihani. Saksikan Mari Menari pada 16 Oktober 2010 pada jam 9.00 malam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: