Sunday, May 3, 2009

X-Men Origins Wolverine filem terbaik 2009

WALAUPUN baru ditayangkan di panggung wayang, sudah ada yang berani melabelkan filem X-Men Origins Wolverine sebagai filem terbaik 2009.

Filem X-Men diangkat daripada sebuah komik yang telahpun diterbitkan 40 tahun yang lalu oleh Stan Lee dan Jack Kirby mengenai superhero.

Karakter Wolverine diwujudkan selepas tahun 1974 yang dihasilkan oleh Len Wein dan Johh Romita Sr. dan akhirnya menjadi watak utama X-Men dalam siri komik seterusnya.

X-Men Origins Wolverine kembali menyorot kisah sebelum bermulanya X-Men trilogy membawa penonton kepada kisah hidup Wolverine yang dilakonkan oleh Hugh Jackman.

Juga tentang hubungan yang sangat kompleks dengan Victor Creed yang kemudiannya menjadi Sabertooth dan juga menyorot kisah bagaimana Wolverine diperkasakan dengan Weapon X.

X-Men Origins Wolverine mengisahkan tentang dua beradik yang hidup sebagai mutan. Walaupun mempunyai kuasa yang luar biasa tetapi mereka masih lagi sama seperti manusia yang lain.

Kekejaman mereka tidak terhenti setakat itu sahaja, malah plot penceritaan diteruskan aksi peperangan mereka terhadap kuasa yang lain sehinggalah mereka ditangkap.

Logan dan Victor Creed akhirnya ditangkap seterusnya menyertai Team X yang menjadi tempat berkumpulnya segala mutan yang ada yang juga mempunyai kehebatan masing-masing.

Akhirnya Logan menarik diri daripada Team X dan meninggalkan abangnya Victor bersama-sama dengan ahli yang lain.

Logan memilih untuk keluar dari jalan yang hitam dan akhirnya telah memilih untuk menjadi pembalak di Kanada. Dalam masa yang sama Logan juga telah berjumpa dengan pasangannya seorang guru sekolah bernama Kayla Silverfox.

Kehidupan mereka yang aman dan damai akhirnya tidak kekal lama lantaran kehadiran kembali Victor yang ingin membalas dendam terhadap kesemua mutan-mutan yang ada termasuklah Logan.

Victor menjadi lebih agresif dan telah membunuh banyak mutan sehingga akhirnya menemui Logan. Logan kecewa apabila mendapati pasangannya itu dibunuh oleh Victor dan dalam masa yang sama dia ingin membalas dendam.

Konflik demi konflik berlangsung antara mutan-mutan ini sehinggalah Logan di perkasakan dengan senjata Weapon X.

Ketika mengaktifkan Weapon X, Logan telah mendengar perbualan mereka lantas melarikan diri. Hal itu menyebabkan Stryker terlalu marah seterusnya mengarahkan Logan di bunuh.

Styker mempunyai misi untuk membangunkan mutan yang baru bagi mengusai dunia. Filem yang diarahkan oleh Gavin Hood ini turut dilakonkan oleh Liev Schreiber, Danny Huston, Will.I.Am, Lynn Collins, Kevin Durand dan ramai lagi.

Apakah yang terjadi seterusnya? Nantikan jawapannya di pawagam berhampiran anda.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: