Saturday, May 30, 2009

Nestle tarik balik perkataan Indon pada mi segera


KERATAN buletin Caraka keluaran KBRI mengenai pek mi segera yang mengandungi perkataan Indon.


KUALA LUMPUR - Nestle Product Sdn. Bhd. (Nestle) bertindak menarik balik perkataan 'Indon' yang tertera pada dua pek makanan segera keluaran syarikat itu ekoran bantahan daripada Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) dan rakyat Indonesia di negara ini.

Isu itu timbul apabila seorang lelaki dari Jawa Timur yang tinggal di negara ini, Husni Hasan, 26, menemui perkataan 'Mi Goreng Pluz Perencah Asli Pedas Ala Indon' dan 'Mi Goreng Pluz Perencah Asli Ala Indon' pada pek makanan segera itu pada Februari lalu.

Husni kemudian membuat aduan kepada KBRI di sini yang mahu ia ditulis dengan perkataan penuh iaitu 'Indonesia'.

Ekoran aduan tersebut, Kaunselor KBRI, Eka A. Suripto telah menghantar sepucuk surat bantahan kepada Kementerian Luar, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna serta Nestle.

"Sebenarnya pihak Indonesia dan Malaysia sudah bersetuju untuk tidak menggunakan perkataan tersebut hasil pertemuan tahunan Perundingan Bilateral pada Mei 2007," kata Eka dalam buletin berkala Caraka keluaran KBRI edisi Mei.

Dalam pada itu, Pengurus Eksekutif Perniagaan Nestle, Izham Mohamed dalam jawapan balas kepada KBRI, mengakui telah mengeluarkan produk mi segera menggunakan perkataan Indon.

Nestle kemudian meminta maaf di atas kejadian itu dan bersedia menarik balik semua produk dan menukar perkataan tersebut.

2 comments:

  1. Indo ke Indon tetap datang dari ejaan Indonesia. Bangsa yang besar mempunyai jiwa dan minda besar, kecik aja masalah indon atau indo ni.. Yang masalah bila Malaysia di panggil Malingsia..hmm dari mana ejaaan tu datang ye?..mungkin bukan dari sekolah kut. Kena belajar balik ABC agaknya kut.

    ReplyDelete
  2. komen dari saorang malingshit!

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: