
KUALA LUMPUR - Mulai 1 Jun ini, kesemua kotak rokok di pasaran wajib memaparkan amaran kesihatan bergambar atau didenda RM10,000.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, bagi memastikan peraturan diikuti, pihaknya akan menjalankan penguatkuasaan mengikut keperluan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2008.
"Penjual yang didapati menjual bungkusan rokok yang tidak memaparkan amaran kesihatan bergambar selepas 1 Jun ini adalah satu kesalahan dan boleh didenda sehingga tidak melebihi RM10,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Selain itu, katanya, amaran kesihatan bergambar pada bungkusan rokok yang dipaparkan untuk jualan juga tidak boleh dihalang daripada penglihatan oleh apa-apa benda atau alat semasa ia dijual.
Sebelum ini, kerajaan telah mewajibkan penggunaan amaran berkenaan tetapi ia dilanjutkan sehingga 1 Jun atas alasan syarikat rokok mahu menghabiskan stok lama.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: