Orang dok sibuk cakap pasal pasaran album yang tak menentu. Artis baru susah dapat peluang kerana syarikat rakaman bimbang dan tak berkeyakinan dengan mereka.
Tapi artis-artis lama pula yang ghairah merakam dan memasarkan album baru. Agaknya kerana nama yang sedia popular tak perlu dipromosikan lagi. Ramlah Ram salah seorang daripada mereka.
Ramlah bangkit tahun ini setelah 11 tahun tidak melahirkan album solo. Sambutan peminat yang memberangsangkan terhadap single berjudul Ketentuan memberi impak positif.
Setelah dua tahun menyiapkan album, akhirnya album baru berjudul Ketentuan dipasarkan juga mulai 1 Jun 2009 ini. Album itu edaran FMC.
Lagu-lagu yang dimuatkan ialah Aku Dengan Dunia (ciptaan Aidit Afian), Langit Cinta (Hazami), Cinta Beralah (Sharon Paul), Pasti (Sharon Paul), Kasih Yang Dulu (Tam Spider), Kasih Yang Terakhir (M. Nasir), Dirgahayu (Radeen Sri), Ketentuan (Azlan Abu Hassan), Bersimpuh Di Pintu Hati (Fauzi Marzuki) dan Radang Rindu (Aidit Alfian).
"Bukan mudah untuk bertahan, namun segala pengalaman yang dilalui mematangkan dan menjadi pembakar semangat.
"Walaupun industri hiburan didatangi pelbagai jenis dan konsep muzik, saya yakin bahawa genre pop akan terus diminati dan ada pengikutnya," kata Ramlah.
Apabila album dipasarkan, lagu Aku Dengan Dia dan Radang Rindu yang dipertaruhkan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: