SATU lukisan minyak bogel Madonna dan bekas suaminya, Guy Ritchie dilelongkan.
Lukisan kontroversi itu dihasilkan oleh artis Peter Howson pada tahun 2005 sementara pasangan itu bercerai tahun lalu.
Dalam lukisan itu, Madonna kelihatan berbaring dengan tangan Guy terletak di pahanya.
Syarikat lelong McTear di Glasgow menjangkakan lukisan tersebut dapat meraih harga lelong setinggi 22,000 pound.
"Tidak dapat disangkal lagi, perceraian Madonna-Guy telah menarik perhatian dan minat orang lain untuk memiliki lukisan tersebut," menurut sumber.
Howson terkenal sebagai artis yang melukis potrait selebriti dalam keadaan bogel.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: