Thursday, May 28, 2009

Klip video asmara musnah kerjaya guru


MOYLE


MERTHYR TYDFIL, Britain - Kerjaya dua orang guru sekolah di sini bakal musnah selepas klip video asmara yang dirakamkan mereka tersebar di Internet, lapor sebuah akhbar semalam.

Guru sekolah rendah berusia 44 tahun, Jane Moyle, dipercayai akan meletak jawatan selepas berita mengenai filem lucah yang menampilkan dia dan suaminya, Colin, 49, disebar di sekolah tempat dia mengajar.

Klip video berkenaan menunjukkan mereka melakukan permainan seks dengan memakai pelbagai kostum.

Suaminya pula mengambil cuti sakit selama beberapa bulan sebagai seorang guru mata pelajaran undang-undang di sebuah sekolah menengah di sini.

Pasangan berkenaan berdepan tindakan disiplin dan mungkin tidak dibenarkan mengajar selepas video yang menunjukkan mereka melakukan pelbagai posisi hubungan seks itu diketahui umum sebelum ia dipadamkan dari sebuah laman web lucah amatur.

Siasatan berhubung bagaimana dan siapa yang bertanggungjawab menyebarkan klip video tersebut sedang dilakukan pihak berkuasa pelajaran Britain.

1 comment:

  1. nk di herankan apa mereka ini....perangai binatang aje yg bt cam tu....binatang pon tau malu2

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: