Thursday, May 28, 2009

Tidak kisah babak dipotong


Maggie Cheung


Walaupun sudah bergelar pelakon terkenal Hong Kong dan mencipta nama di Hollywood, Maggie Cheung sentiasa mengamalkan sikap profesional dalam perihal yang melibatkan kerjaya seninya. Tidak wujud sebarang istilah diva atau perasan bagus dalam hidupnya.

Maggie baru-baru ini menerima tawaran berlakon sebuah filem berjudul Inglourious Basterds yang turut dibintangi aktor tersohor Hollywood, Brad Pitt. Filem tersebut ditulis dan diarahkan oleh pengarah tersohor Amerika Syarikat iaitu Quentin Tarantino.

Aktres berusia 45 tahun itu sebelum ini dilaporkan memegang watak kecil dalam karya terbaru si pengarah yang pernah mengungguli anugerah Oscar.

Apabila filem itu sudah siap sepenuhnya dan turut menyertai Festival Filem Cannes 2009 baru-baru ini, malang sekali apabila babak yang membabitkan watak dilakonkan Maggie itu banyak yang dipotong oleh tuan pengarah.

Para penonton sendiri menjadi saksi melihat watak Maggie yang dicantas apabila filem itu ditayangkan di Festival Filem Cannes baru-baru ini

Maggie bagaimanapun mengakui dia tidak berkecil hati dengan perkara itu, sebaliknya dia menerima keputusan Tarantino dengan hati terbuka.

"Dia (Tarantino) sendiri menghubungi saya dari Cannes sambil menerangkan keadaan sebenar tentang pemotongan babak saya.

"Bukannya sengaja sebaliknya Tarantino terpaksa potong beberapa babak bagi mengurangkan durasi filem yang dibikinnya agar tidak meleret-leret.

"Saya tidak rasa ia satu kesalahan yang besar. Bahkan ia tidak menjadi sebarang masalah kepada saya.

"Ia perkara biasa apabila kita bergelar seorang pelakon," ujar Maggie.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: