KECANTIKAN luaran atau dalaman, yang mana satukah menjadi pilihan anda?
Itulah persoalan yang terukir melalui siri Zati & Si Mawas yang sekarang sedang disiarkan melalui slot Lagenda. Siri yang menggantikan Merah Puteh ini diadaptasi dari kisah animasi dongeng versi Inggeris, Beauty and The Beast.
Siri Zati & Si Mawas berkisar mengenai penilaian dari segi rupa paras atau luaran dan sumpahan ke atas seorang putera. Tetapi pernahkah ia berlaku kepada pelajar kolej di zaman moden ini? Itulah kelainan siri ini.
Disiarkan sebanyak 20 episod siri Zati & Si Mawas disiarkan di TV3 Isnin hingga Khamis, pada jam 4.30 petang. Siri ini adalah hasil buah tangan dan kreativiti Ahmad Idham yang sebelum ini terkenal dengan drama berunsur aksi dan seram.
Kali ini, pengarah itu beralih arah kepada siri dongeng yang bertemakan cinta remaja, kekeluargaan dan fantasi. Diterbitkan oleh Excellent Pictures Sdn Bhd, siri Zati & Si Mawas ini dibintangi barisan pelakon baru dan lama seperti Lyana Jasmay, Kamal Adli, Sharifah Shahora, Zarina AF, Ika AF, Cat Farish, Dian P.Ramlee, Ruminah Sidek, Enot, Hairee Othman, Den Wahab dan Farisha Ayu.
Walaupun berunsurkan dari kisah dongeng, siri ini cuba menyuntik eleman yang segar dan pastinya bukan saja menghiburkan, malahan ia memberi teladan dan pengajaran kepada semua lapisan masyarakat terutamanya generasi muda masa kini.
Siri ini mengisahkan seorang gadis biasa bernama Zati (Lyana Jasmay) melalui kehidupan kolej yang juga sering kali dibuli oleh kakak-kakaknya, Rina (ika AF) dan Joey (Zarina).
Selain itu, Zati ternyata tidak disukai oleh ibu saudaranya, makcik Anita (Sharifah Shahora) kerana dituduh menyebabkan kematian adiknya kerana melahirkan Zati. Namun, kehidupan Zati mula berubah selepas dia berkenalan dengan seorang jejaka bernama Iskandar (Kamal Adli) di kolej. Persahabatan mereka dicemburui oleh kakak-kakaknya dan Zizi, kawan mereka yang turut bersubahat memperalatkan Iskandar untuk mengenakan Zati.
Di sinilah bermulanya transformasi Iskandar sebagai manusia yang berubah fizikalnya menjadi manusia mawas. Akan tetapi, Iskandar diselamatkan oleh pembantu peribadinya yang bernama Bagio (Cat Farish). Iskandar terpaksa ‘memulihkan’ dirinya dan dikurungkan di rumah. Iskandar dinasihatkan oleh bondanya untuk mencari cinta sejati bagi menamatkan sumpahannya itu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: