Friday, May 29, 2009

Pelajar sesat terima diploma


Nur Umaisarah menerima ciuman ibunya, Nur Azah Ismail sambil disaksikan bapa, Sameaun Hassan selepas majlis konvokesyen UiTM di Shah Alam semalam.


SHAH ALAM – Setelah menangguhkan pengajian selama satu semester, akhirnya pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang hilang selama 19 hari ketika mendaki Gunung Tahan menerima Diploma Perakaunan pada majlis konvokesyen universiti itu di sini semalam.

Pelajar itu, Nur Umaisarah Sameaun, 22, sebelum ini terpaksa mengambil cuti panjang daripada pengajian kerana mengalami kecederaan dan trauma akibat kejadian pada Februari tahun lalu.

Kini, anak sulung daripada tiga beradik tersebut bukan seperti dahulu lagi, sebaliknya tampil dengan lebih ceria dan bersemangat, apatah lagi meraikan kejayaan merangkul diploma dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.40 bersama ibu bapa tercinta.

“Saya sangat gembira hari ini, walaupun sedih kerana tak ramai rakan seangkatan meraikan kejayaan ini, namun ada beberapa lagi rakan yang terpaksa tangguh pengajian mereka turut menerima diploma bersama saya,” katanya kepada Kosmo!.

Kosmo! pada Februari tahun lalu melaporkan mengenai kisah kehilangan Nur Umaisarah ketika menuruni Gunung Tahan di Pahang bersama 35 rakan dalam ekspedisi Komander Kesatria anjuran UiTM Kampus Arau, Perlis.

Dia ditemui dalam keadaan lemah dengan kesan luka oleh seorang renjer Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara, Pahang bersama dua pelancong Rusia di Kuala Sungai Putih, Jerantut pada 25 Februari tahun lalu selepas hilang selama 19 hari.

Menyingkap semula pengalaman pahit ketika sesat di gunung itu, Nur Umaisarah yang kini melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Perakaunan di UiTM Kampus Segamat berkata, kejadian itu tidak sesekali mematahkan semangatnya untuk mendaki semula.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: