Friday, May 29, 2009

Rampasan kokain terbesar di Perancis


BEBERAPA pegawai kastam memeriksa sebuah trak dari Britain yang membawa sejumlah kokain di Montpellier, selatan Perancis kelmarin.


MONTPELLIER - Anggota-anggota kastam Perancis kelmarin merampas 684 kilogram kokain dalam satu pemeriksaan ke atas sebuah trak yang didaftarkan di Britain, kata beberapa pegawai.

Menurut mereka, jumlah rampasan kokain itu yang dianggarkan bernilai AS$37.5 juta (RM131.72 juta) merupakan yang terbesar di Perancis.

Sebanyak dua orang yang menaiki trak itu ditangkap tetapi identiti dan kewarganegaraan mereka tidak didedahkan.

Pemandu kenderaan itu dan seorang penumpang disoal siasat semalam selepas mereka ditangkap kelmarin.

Bagi mengelak kokain itu dihidu oleh anjing pengesan, sejumlah biji kopi diletakkan dekat kokain tersebut.

Bagaimanapun, kedua-dua suspek yang ditahan itu menafikan mereka mengetahui terdapat kokain dalam trak berkenaan.

Kedua-dua suspek itu menyatakan trak tersebut dalam perjalanan menuju ke London iaitu pusat perdagangan kokain terbesar di dunia.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: