Friday, May 29, 2009

UPP rampas kulit harimau bernilai RM90,000




BUKIT KAYU HITAM: Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) merampas lima keping kulit harimau bernilai kira-kira RM90,000 serta menahan dua lelaki warga Thailand di sekatan jalan raya di kilometer 1.3 menghala ke Thailand di sini, hari ini.

Komander UPP Kedah, Mohd Noor Idris, berkata kulit harimau bernilai kira-kira RM18,000 setiap keping itu dirampas di sekatan jalan itu pada 6.50 pagi.

Katanya, semasa pemeriksaan, kulit harimau berkenaan ditemui dalam bungkusan plastik berwarna kelabu dalam bonet kereta Honda Civic bernombor pendaftaran Thailand yang dinaiki dua lelaki masing-masing berusia 51 dan 52 tahun.

"Kulit harimau kering sepanjang lebih 2 meter dan selebar 0.6 meter itu


dipercayai diseludup dari hutan sekitar kawasan negeri Perak dan Kelantan," kata beliau kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Noor berkata, kulit harimau terbabit dipercayai akan dijual di pasaran

Thailand dengan harga yang lebih tinggi.

Katanya, kes berkenaan akan diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan

Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk siasatan lanjut

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: