Friday, May 8, 2009

Wanita bunuh gajah dengan anak panah


GROENEWALD-HAGERMAN bergambar dekat seekor gajah yang dibunuhnya dengan menggunakan anak panah.


BULAWAYO - Seorang wanita Amerika Syarikat (AS), Teressa Groenewald-Hagerman mencetuskan kemarahan pencinta haiwan selepas klip video dia membunuh seekor gajah dengan menggunakan panah di Zimbabwe dua tahun lalu tersebar di Internet, lapor sebuah akhbar semalam.

Dalam klip video tersebut, pemburu berumur 39 tahun dari Kansas, AS itu berdiri dekat bangkai seekor gajah.

Dia dipercayai sebagai wanita pertama yang pernah membunuh haiwan itu dengan menggunakan panah.

"Seorang jurukamera lelaki bertaruh bahawa saya tidak mampu menembak seekor kerbau atau gajah dengan menggunakan panah.

"Saya berasa tercabar dengan kenyataannya," kata Groenewald-Hagerman di sebuah laman web berhubung motif pemburuannya.

Dia kemudian pergi ke Zimbabwe yang membenarkan haiwan itu diburu.

Wanita itu membunuh haiwan tersebut dengan menggunakan anak panah dari jarak kira-kira 10 meter.

Gajah yang cedera dan berdarah itu bergerak sejauh kira-kira setengah kilometer sebelum rebah ke bumi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: