Friday, May 8, 2009

Cimpanzi cuba rogol wanita disiasat polis


SEEKOR cimpanzi cuba merogol seorang wanita di sebuah zoo di Moscow.


MOSCOW - Polis Rusia sedang menyiasat seekor cimpanzi yang cuba merogol seorang pekerja zoo wanita, Valentina Kirilova, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Kirilova yang berada dalam ketakutan terpaksa melawan cimpanzi itu setelah ia tiba-tiba cuba menyambarnya ketika dia memberi sebiji pisang di Zoo Rostov di Rusia.

"Saya banyak meluangkan masa bersama haiwan itu tetapi tidak pernah terlintas bahawa seekor cimpanzi yang kesunyian melihat saya sebagai objek seksual," kata Kirilova.


GAMBAR X-ray menunjukkan tulang tangan Kirilova yang patah.


Cimpanzi yang bernama Otello itu mematahkan pergelangan tangan penjaga zoo itu ketika ia menyambar Kirilova masuk ke dalam kurungan sebelum menyerang mangsa.

Wanita itu menjerit menyebabkan beberapa pekerja lain bergegas memisahkan haiwan itu daripada mangsa.

"Apabila saya cuba memberikannya sebiji pisang, cimpanzi itu menyambar tangan saya dan menarik saya ke dalam kurungan dan cuba merogol saya," jelasnya.

Kirilova kemudian menerima rawatan kerana mengalami trauma manakala polis menyoal beberapa kakitangan zoo bagi mengetahui bagaimana kejadian itu boleh berlaku.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: