Friday, May 8, 2009

Aksi lelaki pecah tingkap jadi perhatian


SEORANG lelaki memecahkan tingkap rumah jirannya di Salford, Britain.


SALFORD, Britain - Seorang lelaki berdiri di atas sebuah jendela kaca di tingkat enam sebuah bangunan flat sebelum dia memecahkan tingkap jirannya, lapor sebuah akhbar semalam.

Perbuatan lelaki itu berdiri di atas sebuah jendela terbuka dan mengimbangkan diri dengan peralatan elektronik menarik perhatian orang ramai yang berkumpul di sekitar bangunan yang melihat kejadian tersebut.

Lelaki yang identitinya tidak didedahkan itu turut membaling periuk, sebuah ketuhar gelombang mikro dan pelbagai barangan elektronik ke arah kereta yang diletakkan di sekitar bangunan itu di sini.

"Saudara perempuan saya tinggal di tingkat satu. Saya terpaksa memindahkan anak-anaknya keluar. Kejadian itu menakutkan mereka," kata seorang lelaki, Anthony Robinson, 41.

Lelaki itu dipercayai memecahkan tingkat itu kerana berbalah dengan jirannya.

Polis kemudian menangkap suspek dengan menggunakan pistol renjatan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: