Sunday, May 3, 2009

Vokalis bengang dengan wartawan

JOYAH hanya mampu ketawa sinis apabila mendengar cerita seorang teman perihal seorang vokalis sebuah band yang bengang dengan wartawan yang dianggapnya tidak mahu memberikan publisiti kepada dia dan kumpulannya.

Hinggakan Joyah dengar dia sanggup mengatakan wartawan hiburan kena sogok dengan duit baru nak buat cerita fasal mereka.

Hello adik... Relakslah. Buat apa nak resah kecewa hanya kerana tiada publisiti? Cubalah berfikiran rasional sikit sebelum tuduh wartawan hiburan ini 'kena suap' untuk tulis cerita.

Mungkin ada alasan paling logik mengapa mereka tidak memberikan publisiti. Lagipun band itu pun macam hidup segan mati tak mahu.

Joyah tahulah lagu mereka pernah menjadi lagu tema kepada sebuah filem yang berkisarkan tentang anak remaja yang dipetik daripada drama bersiri di televisyen.

Tapi nak buat macam mana, walaupun lagu mereka jadi lagu tema filem, kumpulan itu tidak menjadi.

Pula tu, kalau beginilah sikap anggotanya macam mana nak dapat sokongan daripada pihak media. Belum pun popular dah pandai tuduh-tuduh media. Bayangkan kalau popular?

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: