|
|
BARU-BARU ini seorang pembaca Pancaindera telah menghubungi Joyah bertanyakan tentang status hubungan pelakon Intan Ladyana dengan buah hatinya, Kevin Zahari yang juga pakar pemakanan popular.
Bukannya apa, kata si pemanggil itu, dia baru sahaja terserempak dengan Intan Ladyana di sebuah pusat membeli belah yang baru dibuka di ibu kota.
Tapi pelakon manis itu bukan bersama Kevin sebaliknya dengan seorang jejaka muda yang tidak kurang tampan yang kelihatannya begitu mesra dengan Intan.
Jejaka itu juga nampaknya tak malu-malu untuk menunjukkan kemesraannya di depan orang ramai ketika bersama Intan walaupun Intan seolah-olah seperti mahu menyembunyikan siapa dirinya.
Sebab kata si pemanggil, Intan siap pakai topi masa pergi ke pusat beli-belah itu. Lagaknya seperti cuba melindungi wajahnya daripada tatapan umum.
Tapi bila tiba di kawasan letak kereta yang tak ramai orang, barulah Intan kelihatan mesra dengan jejaka muda itu. Jejaka itu pun bukan main lagi, siap betulkan lagi rambut Intan bila pelakon itu membuka topinya.
Mungkin dia tak senang orang dok sibuk merenung dirinya di situ agaknya, kata Joyah kepada pemanggil. Tapi pemanggil itu tak berapa nak puas hati dengan jawapan Joyah.
Lagipun katanya, kalau Intan dah tak ada apa-apa hubungan cinta dengan Kevin, mengapa mahu menyorokkan diri jika dia keluar dengan lelaki lain. Betul juga!
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: