KHABARNYA seorang aktor berwajah kacak dan baru sahaja putus cinta mandi limau. Tak tahulah mengapa, mungkin nak buang badi agaknya.
Sekarang ini pun gelagatnya ramah semacam. Tak kira siapa, dia akan menegur dan bercerita. Berbeza sungguh dari dulu, pada waktu zaman dia galak bercinta dengan seorang aktres muda yang cantik manis tu.
Kalau dulu, bukan sahaja wajah tampannya kurang tersenyum dan kelihatan sombong malah dia juga antara aktor berbakat yang sangat 'berat mulut'. Satu ditanya, satu dijawab.
Tapi sekarang, sejak putus cinta perangainya pun dah lain. Mesra dengan orang sekeliling. Mungkin juga kembali solo, dia semakin berdikari. Sekarang pun dia tinggal bujang dan tidak lagi duduk 'di bawah ketiak ibu bapa.
Mungkin kerana itu fikirannya pun tidak lagi berserabut memikirkan mana nak jaga hati kekasih, mana nak jaga hati mak bapa.
Atau mungkinkah ia impak mandi limau yang dilakukan. Iyalah, sebagai anak kesayangan, keluarga mana yang mahu melihat anaknya menderita, betul tak?
Jadi Joyah dengar cerita, si ibu minta anaknya itu mandi limau. Iyalah, mandi limau ini sama seperti mandi bunga. Ia bukan sekadar mahu menaikkan seri seseorang, ia juga sebenarnya dapat menyegarkan semula tubuh badan.
Lebih penting, bila tubuh dah segar, fikiran pun dah lapang, hidup pun tentu kembali bersemangat.
Nampaknya tak sia-sialah usaha si ibu yang mahu melihat kembali anaknya itu bahagia kerana memang kelihatan sekali perubahan pada sikap anaknya itu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: