
Tambah Tini, dia dan suaminya kini mempunyai hobi baru. Mereka berdua berjanji untuk mendapatkan lesen skuba kerana pasangan ini sedang menggilai aktiviti ‘scuba diving’.
“Kami berjanji untuk bersama-sama mendapatkan lesen menyelam. Nanti lepas siap lesen tersebut saya nak melancong dan pergi menyelam dengan suami saya.
“Kalau ada rezeki kami nak ke Redang, Tioman, Langkawi, Krabi dan Sipadan kerana kawasan tersebut sangat cantik dengan pemandangan yang cukup indah,” ujar Tini yang gembira bergelar isteri.
Kartini akui dia bukan sahaja gembira dengan kehidupan sebagai isteri tetapi 3R yang diterajuinya bersama Rafidah Abdullah dan Celina Khor, kembali lagi dengan isu-isu lebih dewasa. Fokus rancangan buat musim ke-13 ini lebih kepada wanita yang bekerja seperti etika bekerja di pejabat, personaliti dan lain-lain dan dijangkakan bermula pada tujuh Jun ini.
Selepas hampir setahun setengah berehat yang lain pula sibuk dengan hal masing-masing kini tibalah masanya mereka untuk kembali dengan 3R. Katanya lagi, sepanjang waktu itu mereka mencari ilham dan idea-idea yang lebih ‘fresh’ untuk musim terbaru rancangan ini. “Rancangan ini dah berusia sembilan tahun. Kalau dulu penonton berumur 15 tahun sekarang dia dah berumur 24 tahun. Dulu dia dah bersekolah sudah tentu dia dah bekerja sekarang.
“Konsep rancangan ini tak banyak perbezaannya. Kami tak nak tukar formula yang kami gunakan sebab ianya sangat berkesan dan kami nak ‘maintain’ penonton yang suka dengan konsep 3R yang laju,” ujar Tini ketika ditemui di Bijou, Mont Kiara Damai.
Beliau sempat berpesan agar peminat setia 3R tidak lupa mendaftar bagi acara Wisel Untuk Wanita Bersama 3R di CapSquare KL pada 17 Mei 2009.
Pendaftaran adalah percuma dengan pelbagai aktiviti menarik yang bakal berlangsung, di samping persembahan hebat daripada artis tempatan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: