Model British, Katie Price dan suaminya yang juga pemuzik, Peter Andre.BEKAS model tersohor dari England, Katie Price a.k.a. Jordan dengan tidak semena-mena menanggalkan baju ekoran terlalu mabuk pada suatu malam.
Jordan, 30, tiba di sebuah kelab malam tanpa ditemani suaminya, Peter Andre.
Selepas minum bergelas-gelas vodka, dia akhirnya menayang-nayangkan pakaian dalamnya.
Dia juga kelihatan berbisik kepada seorang lelaki misteri untuk setengah jam.
Malah, dia tampil di atas pentas untuk menyanyi lagu hit `Mysterious Girl' oleh penyanyi Andre. Bagaimanapun, dia terlupa lirik lagu pula.
"Jordan berada di serata tempat di kelab itu. Dia cuba mengajak para pengunjung menyanyi bersama-samanya, tetapi dia tidak tahu lirik lagu tersebut," menurut sumber.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: