Wednesday, May 13, 2009

Ayu Raudhah, Pekin kembali berhubungan

Seperti mana kakaknya yang jelita, Ayu Raudhah semakin kerap menghiasi drama-drama Melayu di kaca TV. Kini tidak sekadar bergelar pelakon, Ayu melangkah setapak lagi apabila terpilih menjadi jurucakap dan duta sebuah produk kecantikan pula.

“Selama ini saya memang tercari-cari produk yang sesuai dengan kulit. Namun apabila pengasas Gina Skincare, (Nor Azizan Ghazali) menghubungi dan mencadangkan supaya saya mencuba produk ini, saya sentiasa memberi alasan sibuk namun dia tidak putus asa.

" Akhirnya setelah tiga bulan, barulah saya cuba. Sejak itu ramai jurusolek yang perasan perubahan pada kulit saya yang selama ini tak putus-putus ditumbuhi jerawat,” cerita Ayu.



Cabaran berlakon

Menyentuh tentang perkembangan terbaru, Ayu baru sahaja menyudahkan telefilem berjudul Kasih Alam. Bagi menjayakan penggambaran telefilem ini, dia berkampung di sebuah penempatan Orang Asli yang terletak di Sungai Koyan, Raub, Pahang.

“Kedua-dua lokasi ini mendatangkan cabaran yang bukan sedikit. Di Koyan, saya berada di tempat terpencil di mana telefon bimbit pun tak dapat berfungsi dan kami semua mandi sungai. Manakala di Kemboja, cuaca sangat panas hingga mencecah 41 darjah Selsius,” katanya yang dikenali cukup ramah.

Akan datang, Ayu akan ke lokasi penggambaran drama bersiri arahan Khabir Bhatia berjudul Nur Kasih. .



Sukar didekati

“Tak seronoklah asyik tanya fasal Pekin, Pekin, Pekin,” gurau Ayu apabila dilontarkan pertanyaan berkaitan pelakon yang pernah menjalin kasih dengannya itu.

Bagaimanapun dia tidak keberatan untuk mengakui kembali berhubungan dengan lelaki berkenaan. Cuma ujar Ayu, mereka sendiri tidak berani untuk menyatakan hubungan istimewa dahulu kembali terjalin memandangkan mereka sama-sama sibuk untuk memikirkannya secara serius.

“Kalau ada yang menyatakan sukar untuk mendekati saya, mungkinlah sebab saya tidak suka menjalinkan hubungan dengan lelaki jika ia atas rekomen sesiapa,” ujarnya yang kadangkala terpaksa menukar ‘mod senyap’ pada telefon bimbit untuk mengelak daripada diganggu.

“Keluarga faham cabaran yang melanda sebagai artis sebab Kak Ta (Rozita) menerima dugaan berlebih-lebih lagi,” katanya sambil tersenyum.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: