Tuesday, May 19, 2009

Soseh Soseh: Lagi cerita tak bayar upah pelakon


CERITA personaliti televisyen yang tidak membayar kakitangannya selepas selesai melaksanakan kerja produksi, bukan perkara baru.

CERITA personaliti televisyen yang tidak membayar kakitangannya selepas selesai melaksanakan kerja produksi, bukan perkara baru.

Rasanya pembaca sendiri sudah muak mendengar cerita mengenai sikap personaliti televisyen ini yang tidak pernah mahu bersikap profesional. Nak kata personaliti ini popular sangat tidak juga malah makin suam-suam kuku saja, tapi SS tidak tahulah mengapa susah sangat dia hendak menghargai keringat orang lain.

Itu belum lagi kisah dia bergaduh dengan ramai jurusolek gara-gara tidak membayar perkhidmatan yang digunakan.

Terbaru, seorang kakitangan produksinya yang terbabit dengan rancangan dihasilkan dan sedang disiarkan sekarang, mengadu kepada teman sekerja SS.

Katanya, personaliti televisyen itu enggan membayar upah seorang pelakon yang turut menjayakan rancangan dihasilkan.

Apabila menerima pesanan itu, SS tidak terkejut langsung kerana sudah tahu punca perkara itu berlaku. SS percaya personaliti televisyen dan pelakon itu mesti bergaduh di lokasi. Cuma puncanya tidak pula diceritakan kakitangan itu.

Bagusnya pelakon itu walaupun diperlakukan begitu, dia tidak pula pukul canang memberitahu semua orang seperti apa yang pernah berlaku sebelum ini apabila artis yang sudah terkena dengan personaliti televisyen itu bising dan memberitahu media.

Sebenarnya personaliti televisyen itu suka sekiranya pelakon itu mengadu kepada wartawan dengan harapan ia menjadi isu panas ketika namanya sudah semakin merudum. Dia sangat mengharap cerita seperti itu dapat mengingatkan kembali namanya kepada umum.

Apabila melihat situasi seperti ini berlaku, SS jadi sedih kerana personaliti televisyen itu sudah semakin jauh menyimpang.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: